Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MAJLIS IBADAH KORBAN KEMENTERIAN PEMBANGUAN DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1445H / 2024M KELOLAAN BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN BANGUNAN DAN JABATAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, JABATAN KERJA RAYA
Rabu, 12 Zulhijjah 1445H | 19hb Jun 2024M
Bandar Seri Begawan

Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan dan Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal pada sebelah petang hari ini bertempat di Dewan Indra Pahlawan, Bangunan Autoriti Kawalan Bangunan & Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKAP DSS Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan.
WhatsApp Image 2024-06-19 at 4.37.47 PM (1).jpegWhatsApp Image 2024-06-19 at 4.37.48 PM (1).jpeg
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Awang Erwan bin Haji Sawal, Ketua Pembantu Teknik, Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya. Majlis seterusnya diikuti dengan ceramah khas sempena Ibadah Korban bertajuk “Menteladani Tarbiyah Keluarga Nabi Ibrahim” yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhd Yussof bin Haji Abdul Majid, Ketua Bahagian Kaunseling dan Kefahaman Agama, Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Majlis diteruskan lagi dengan pengagihan daging korban kepada seramai 117 penerima terdiri dari kalangan warga kementerian yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Pada tahun ini, sebanyak 3 ekor kerbau telah dikorbankan bagi majlis tersebut.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati Binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.
 
WhatsApp Image 2024-06-19 at 4.37.49 PM (1).jpegWhatsApp Image 2024-06-19 at 4.37.49 PM (3).jpeg

Disediakan oleh
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan




Attachments